BANJIR DALAM NEGARA
MEREKA PERLUKAN BANTUAN KITA
Dana Untuk Bantuan Cemas Mangsa Banjir Di Malaysia
Hujan lebat yang turun secara berterusan di Negeri Pantai Timur telah mengakibatkan banyak kawasan ditenggelami air selain berlakunya insiden banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap serta jambatan rosak dan runtuh. Banyak keluarga yang terkandas dalam rumah disebabkan air naik terlalu cepat di paras bahaya. Ada juga keluarga yang terpaksa naik hingga ke atas bumbung rumah demi menyelamatkan diri. Apa yang menyedihkan lagi, golongan ibu ayah yang sudah tidak mampu berjalan terperangkap dalam situasi air yang semakin naik tinggi mencecah pusat. Ada juga yang mengibarkan kain putih sebagai ikhtiar terakhir bagi meminta pertolongan.
Bencana yang melanda mengakibatkan banyak keluarga yang terjejas. Rumah yang dahulunya cantik dan kukuh, kini ditenggalami air lumpur. Malah, ada keluarga yang turut kehilangan rumah dihanyut air yang deras. Tidak cukup dengan itu, banyak kenderaan yang tidak sempat diselamatkan telah ditenggalami air, perabot rosak serta perkakas rumah diselaputi lumpur dan terapung di dalam air banjir. Majoriti penduduk terjejas hanya tinggal sehelai sepinggang.
INFO TERKINI BANJIR DI BESUT, TERENGGANU
Berita Harian, 19 DISEMBER 2022
Mangsa banjir Terengganu hampir cecah angka 30,000 orang
SETIU: Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan angka terkini 29,717 orang direkod berpindah ke pusat pemindahan pemindahan (PPS) sehingga malam ini.
Jumlah menunjukkan peningkatan berbanding hanya 19,601 mangsa yang direkodkan petang tadi.
Setakat jam 10 malam ini, semua mangsa berada di 291 PPS berbanding hanya 243 yang dibuka petang tadi.
Muslim Al Fateh menyeru anda semua agar turut serta menyokong kempen
Bantuan Cemas Banjir
yang menyasarkan kutipan dana sebanyak
RM10,000
sehingga penghujung Disember ini bagi membantu golongan terjejas banjir.
Antara bantuan yang telah disalurkan setakat ini ialah edaran barangan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi, shampu, berus gigi, dan barangan keperluan penjagaan diri seperti tuala wanita, tuala mandi, facemask, selimut dan lain-lain.
...
Penting:
- Untuk meyumbang, perlu mengisi Borang Butiran Pembelian, Borang Butiran Pelanggan dengan lengkap dan sertakan bayaran .
- Buat masa ini pembayaran hanya mengunakan online banking di Malaysia sahaja.
- Untuk luar Malaysia boleh mengunakan Stripe (Credit Card).
- Sila tick pada bahagian pengesahan untuk teruskan ke bahagian pembayaran.
- Untuk pertanyaan boleh terus whatsapp ke no, klik -> 60194100793
- Dengan ini kami dari Pertubuhan Muslim Al-Fateh menerima wang infaq dan akan menjalankan amanah tersebut. Terima kasih.
- Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Billplz dan akan terus ke akaun Pertubuhan Muslim Al-Fateh.
- Jika ingin berinfaq secara manual, boleh transfer pada no akaun di bawah, dan whatapps kan detail pembayaran ke no ini -> 60194100793
- Kredit media dan content oleh pengguna Facebook.
Reference: BANJIR
Mohon kongsikan agar yang lain dapat bersedekah juga, dan kita dapat pahala mereka yang bersedekah.
MENYUMBANG SEKARANG