
Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH
Ibadah wakaf merupakan tanda pengabdian manusia kepada Allah s.w.t dan sekaligus, mendekatkan lagi hamba tersebut kepada Penciptanya.
Ini kerana untuk mengorbankan harta yang disayangi ke jalan yang diredhai-Nya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tetapi bagi manusia yang melihat akhirat sebagai matlamat kehidupannya, harta yang diraih dan dikumpul hanyalah alat untuk menyuburkan ladang pahala dan memberi manfaat kepada manusiawi sejagat.
Atas sebab itulah, para sahabat Nabi s.a.w dan salafus soleh sentiasa berlumba-lumba mewakafkan harta mereka di jalan Allah. Dan ini seharusnya dicontohi umat Islam hari ini.
ALLAH SWT berfirman:
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya."
(Surah Ali-Imran, ayat 92)
Penafian:
1. Video ini bukan video yang kami hasilkan, ia merupakan video sumber youtube.
2. Ustadz Abdul Somad merupakan penyampai dalam video ini, tiada kena mengena dengan Pertubuhan Muslim Al-Fateh.
3. Semoga Allah merahmati beliau atas perkongsian ini.
Maahad Ad-Dirasatil Islamiah bertempat di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Maahad ini sudah beroperasi hampir 4 tahun.
Ditubuhkan atas fikir risau bagaimana anak-anak perempuan tempatan mendapat pendidikan agama yang khusus untuk pembelajaran hafizah dan alimah maka wujudlah Maahad Ad-Dirasatil Islamiah.
Bermula daripada sebuah rumah dengan bilangan pelajar seramai tujuh orang, hari ini Maahad Ad-Dirasatil Islamiah telah beroperasi di sebuah rumah kedai dengan pelajar seramai 50 dan 6 orang para asatizah (guru).
Bagi pengajian Hafizah, pelajar adalah tertumpu kepada bacaaan dan hafazan 30 juz al-quran dan bagi pengajian Alimah, pelajar adalah tertumpu kepada pengajian hadis daripada 4 kitab hadis muktabar iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Abu Daud dan Sahih Tirmizi.
Memandangkan pengajian alimah selama 7 tahun dan peningkatan bilangan pelajar, maka pihak pengurusan Maahad Ad-Dirasatil Islamiyyah telah membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor berharga RM280,000.00 dengan perjanjian selama 2 tahun dan kerja-kerja renovasi telah bermula dengan anggaran kos RM100,000.
Dengan kadar yuran yang rendah, sebahagian besar kos operasi maahad adalah daripada sumber sumbangan orang ramai dan beberapa pihak swasta.
Dengan adanya bangunan baru ini diharapkan semoga ramai lagi anak muda dapat mendalami ilmu agama dan menyampaikannya. Dan mereka inilah merupakan saham terbesar kita di akhirat.
Jangan lepaskan peluang untuk berwakaf ini dan kongsikan kepada sahabat handai. Semoga ada sedikit saham kita jika mereka menyumbang. InsyaAllah...
Penting:
- Untuk berwakaf perlu mengisi Borang Butiran Pembelian, Borang Butiran Pelanggan dengan lengkap dan sertakan bayaran.
- Buat masa ini pembayaran hanya mengunakan online banking di Malaysia sahaja.
- Sila tick pada bahagian pengesahan untuk teruskan ke bahagian pembayaran.
- Untuk pertanyaan boleh terus whatsapp ke no, klik -> 60195800562
- Dengan ini kami dari Pertubuhan Muslim Al-Fateh menerima wang wakaf dan akan menjalankan amanah tersebut. Terima kasih.
- Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Billplz dan akan terus ke akaun Pertubuhan Muslim Al-Fateh.
- Jika ingin berwakaf secara manual, boleh transfer pada no akaun di bawah, dan whatapps kan detail pembayaran ke no ini -> 60195800562
Bank : Maybank
Nama : Pertubuhan Muslim Al-Fateh
No Akaun : 5540 5362 3611
Mohon kongsikan agar yang lain dapat berwakaf juga, dan kita dapat pahala mereka yang berwakaf
BERWAQAF SEKARANG